3 Januari 2013
JOHANNESBURG - Seramai tujuh calon polis trafik maut dan 230 yang lain pengsan sewaktu menjalani ujian kecergasan di Afrika Selatan.
Menurut pegawai, ujian yang dihadiri lebih 15,000 calon bagi mengisi 90 kekosongan jawatan itu berlangsung di stadium bola sepak dalam keadaan panas terik dan kekurangan bekalan air minum.
"Calon-calon dikehendaki menamatkan larian sejauh 4 kilometer dalam tempoh 30 minit bagi memenuhi tahap kecergasan pasukan keselamatan negara.
"Sebaik sahaja kesemua calon memulakan larian, suhu di Stadium Harry Gwala Pietermaritzburg naik sehingga 91.5 darjah Celsius," kata pegawai.
Sementara itu, seorang calon mendedahkan mereka tidak diberi makanan dan minuman sepanjang melakukan ujian berkenaan.
Jurucakap pegawai perubatan berkata, kesemua calon yang pengsan disahkan mengalami keletihan akibat cuaca panas dan kekurangan air. - MailOnline

No comments:
Post a Comment