Pages

Saturday, October 6, 2012

Budak kerdil mula bersekolah

Budak kerdil mula bersekolah
Charlotte bersama rakan sekelasnya pada hari pertama persekolahan.
Seorang kanak-kanak kerdil dunia, Charlotte Garside mengorak langkah dalam hidupnya apabila memasuki alam persekolahan, bulan lalu.
Charlotte, 5, berketinggian 68 sentimeter (sm) dan berat 4.8 kilogram (kg), mengikuti pembelajaran prasekolah bersama kanak-kanak seusianya yang  bersaiz dua kali ganda besar daripada tubuhnya.
Hari pertama persekolahan Charlotte merupakan tarikh istimewa buat ibu bapanya, Scott Garside dan Emma Newman yang selama ini berjuang memberi perubahan kehidupan normal kepada anak bongsunya itu.

Emma berkata, disebabkan Charlotte sering menunjukkan sikap ingin tahu, lalu pihak sekolah kini membenarkan dia mengikuti kelas pembelajaran bersama kanak-kanak berumur tiga tahun.

"Saya bimbang jika Charlotte dicederakan oleh rakan sekelas, tetapi saya perlu bersikap positif dalam usaha mendidiknya untuk menjadi lebih berdikari," katanya.

Ketika dilahirkan, Charlotte memiliki berat 0.9 kg dengan tinggi 25sm dan keadaan itu memaksa Emma mengenakan pakaian anak patung kepada bayinya itu.

"Charlotte sering menjadi perhatian ketika kami  berlibur kerana saiznya yang terlalu kecil, saya terpaksa masukkannya ke dalam poket hadapan baju dengan dilengkapi lampin sebesar kad kredit.
"Ketika Charlotte dilahirkan, doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Primordial Dwarfis dan mengesahkan jangka hayatnya hanya kurang setahun," katanya.

Kini, segala andaian itu tidak tepat kerana Charlotte sudah memiliki ketinggian 70sm dan mampu berinteraksi dengan rakan sekelasnya, walaupun masih mengenakan pakaian bayi. - The Mail

No comments: