Pages

Saturday, February 4, 2012

200 orang mati dalam serangan di Syria




2012/02/04

BEIRUT: Kira-kira 200 maut dan beratus-ratus lagi mengalami kecederaan selepas tentera Syria melancarkan serangan di Homs dan disifatkan sebagai episod berdarah paling teruk selepas hampir 11 bulan tunjuk perasaan meletus di negara itu, kata aktivis.

Kejadian di Homs itu menjadi salah satu tempat utama bagi pembangkang ketika kebangkitan tunjuk perasaan terhadap Presiden Bashar Assad.
Dua kumpulan pembangkang utama, Kumpulan Pemerhati untuk Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, berkata jumlah kematian mungkin lebih daripada 200 orang.
Lebih separuh iaitu kira-kira 140 orang berlaku di Khaldiyeh. - AP. 

No comments: