Pages

Saturday, February 4, 2012

Draf baru resolusi berhubung Syria



Dua orang pemberontak Syria mengambil kedudukan di belakang tembok semasa bertempur dengan tentera kerajaan di Rastan, wilayah Homs pada 31 Januari lalu.


NEW YORK 3 Feb. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mempertimbangkan satu pindaan draf resolusi yang mengecam tindakan kekerasan kerajaan Syria terhadap rakyatnya, sebagai usaha mengatasi tentangan sekutu kuat Damsyik, Rusia.

Draf terbaru itu tidak menjelaskan sama ada desakan peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad atau menyeru sekatan senjata dan sekatan ekonomi.

Namun, ia dipercayai 'menyokong penuh' pelan Liga Arab untuk melaksanakan peralihan kerajaan demokratik di negara itu.

Wakil-wakil PBB, semalam berkata, draf itu akan dihantar kepada negara-negara terbabit untuk dipertimbangkan, namun tidak pasti sama ada ia akan diluluskan dan dihantar semula kepada Majlis Keselamatan untuk diundi.

Duta Britain ke PBB, Mark Lyall berkata, setiap wakil akan mendapat arahan daripada kerajaan masing-masing dan berharap dapat mengundi secepat mungkin.

Usaha terbaru tersebut dibentangkan selepas perbincangan antara anggota Majlis Keselamatan tertangguh beberapa jam, dengan Rusia paling lantang menentang rangka resolusi itu yang ditulis oleh negara-negara Barat dan Liga Arab.

Draf itu juga 'menyokong penuh' permintaan Liga Arab pada 22 Januari lalu terhadap pemindahan kuasa al-Assad kepada timbalannya dan membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh dua bulan.

Namun, draf terbabit tidak menyebut mengenai peletakan jawatan al-Assad.

Sebaliknya, ia meminta Damsyik beralih ke arah demokratik dan sistem politik majmuk serta memulakan dialog politik secara serius dengan seluruh spektrum pembangkang Syria di bawah naungan Liga Arab, mengikut jadual yang ditetapkan.

Draf itu juga turut mengutuk sebarang tindakan keganasan daripada mana-mana pihak. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: