Pages

Friday, December 14, 2012

Sepanyol sita aset RM112 juta Hosni Mubarak

Sepanyol sita aset RM112 juta Hosni Mubarak - Global - Sinar Harian:

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup
Hosni Mubarak ketika mendengar keputusan mahkamah di kaherah.
MADRID - Polis Sepanyol merampas aset bernilai RM102 juta (AS$34 juta) yang dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun lalu.

Sepanyol mengambil tindakan itu selepas pihak berkuasa Mesir membuat permintaan antarabangsa agar menyekat aset 130 orang yang dikaitkan dengan pemerintahannya.
Polis mendakwa sebanyak £18.4 juta pula dibekukan oleh pihak bank Sepanyol.

Aset Mubarak yang lain di Madris, sebuah resort di Marbella dan tujuh kereta mewah turut disita.

Dua bangunan di daerah Madrid Moraleja bernilai £7 juta manakala tujuh hartanah di Marbella bernilai lebih £3 juta disita.

“Aset yang dimiliki bekas pemimpin itu mungkin hasil kegiatan jenayah seperti rasuah dan penyelewengan dana awam semasa pemerintahan beliau,” kata polis.

Beliau digulingkan pada 11 Februari tahun lalu susulan kebangkitan rakyat.

Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa memberi arahan membunuh ke atas penunjuk perasaan.

Terdapat juga laporan mendakwa Hosni mencuri puluhan bilion dolar kerana membantu memberi dana semasa berlaku pemberontakan ketika pemerintahan beliau.

Switzerland juga telah membekukan aset beliau kira-kira AS$441 milion.

Di United Kingdom pula sekurang-kurangnya AS$135 juta telah dibekukan walaupun wujud kebimbangan beberapa harta syarikat lain mungkin terjejas.

'via Blog this'

No comments: