Pages

Friday, December 14, 2012

Rusia: Presiden Syria mula hilang kawalan

Presiden Bashar Al-AssadMOSCOW - Timbalan Menteri Luar Rusia mendakwa kerajaan Syria semakin lemah dan boleh digulingkan oleh pakatan pembangkang sementara Menteri Dalam Negeri pula cedera dalam letupan bom.
Mikhail Bogdanov berkata hari ini "tentera Presiden Bashar al-Assad mula kehilangan kawalan dan mula bertindak luar batasan."
Letupan bom kereta di Qatana, sebuah bandar 25 kilometer dari Damsyik, mencederakan 16 orang, beberapa jam selepas letupan mencederakan Menteri Dalam Negeri Syria.
Rusia merupakan salah satu sekutu antarabangsa kerajaan Bashar. Ia menyokong kepimpinan ketika Barat dan beberapa negara mengecam Bashar selama ini.
"Rusia juga telah membuat rancangan untuk pemindahan beramai-ramai melibatkan beribu-ribu rakyat Syria," kata Bogdanov.
Beliau menambah, pihaknya juga tidak boleh menolak kemenangan pembangkang Syria.

No comments: