Pages

Sunday, December 16, 2012

AS letak Patriot di Turki

AS letak Patriot di TurkiTurki menerima sistem peluru berpandu Patriot dari AS dan Jerman sebelum hadapi serangan Syria.
INCIRLIK  - Amerika Syarikat (AS) dan Jerman menempatkan dua sistem peluru berpandu Patriot bersama 400 anggota tentera bagi membantu sekutunya Turki dalam menghadapi kemungkinan serangan Syria.

Penempatan senjata itu juga sebagai amaran kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad, sekiranya berlaku serangan Syria di dalam Turki dan pertempuran antara kerajaan dan pemberontak yang meluas ke Turki hingga kini.

Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengeluarkan arahan itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Incirlik di Turki selepas melawat Afghanistan.

“Sistem peluru berpandu itu dijangka tiba dalam tempoh beberapa minggu lagi dan akan ditempatkan kira-kira 80 kilometer dari sempadan Syria.

Sementara itu, Parlimen Jerman meluluskan penempatan sistem peluru berpandu Patriot di Turki selepas mendapat undi majoriti daripada anggota Kabinet. - AFP


No comments: