Pages

Wednesday, November 21, 2012

Helah baru Israel, tangguh operasi darat

Gaza 2012Wanita Palestin menangis ketika upacara pengebumian keluarga Al Dalou di Al Sheikh Redwan, Gaza City, semalam. Sebelas anggota keluarga itu terbunuh dalam serangan kelmarin.
TEL AVIV - Israel, semalam, menangguhkan operasi ketenteraan darat, yang dilihat sebagai helah baru mereka.

Tindakan itu kononnya bagi memberi peluang kepada Mesir sebagai negara pengantara untuk mengadakan rundingan berhubung pelaksanaan gencatan senjata.

Rejim Zionis turut menetapkan esok sebagai tarikh akhir untuk memastikan kejayaan rundingan itu.

Difahamkan, langkah tersebut diambil selepas digesa oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya kedua pihak segera menghentikan serangan yang berlarutan sejak seminggu lalu.

Dalam satu kenyataan, pegawai kanan Israel menyatakan keputusan gencatan senjata itu akan menjadi 'penentu' keadaan.

"Situasi pada masa ini adalah 50-50. Penyelesaian secara diplomatik adalah keutamaan kami tetapi jika tiada pilihan lain, Israel tetap akan memasuki ke Gaza," jelasnya dipetik AFP

Bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu pemimpin tersebut ada memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menerusi panggilan telefon bahawa Israel sememangnya telah bersiap-sedia untuk memasuki Gaza.

No comments: