TAIPEI 26 Okt. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Ritchter menggegarkan kawasan perairan selatan Taiwan semalam, namun tiada kematian dan kemusnahan dilaporkan.
Pusat Seismologi Taiwan berkata, gempa tersebut dikesan berlaku pada pukul 6.31 petang (6.31 petang waktu Malaysia semalam) dan seluruh negara turut merasai kesan gegaran.
Pusat gempa itu dikesan pada kedudukan 22.1 kilometer di bandar Kaohsing, pada kedalaman 33 kilometer di dasar laut," lapor pusat tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_09/Gempa-bumi-sederhana-landa-Taiwan#ixzz2APggyqrn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment