19 September 2012
KABUL - Seramai 12 warga tempatan maut termasuk tujuh warga asing selepas seorang wanita nekad melakukan serangan berani mati di dalam sebuah bas mini di Kabul, Afghanistan.
Serangan bermotifkan dendam itu, dilakukan kumpulan berkaitan militan Hezb-e-Islam.
"Penyerang yang juga seorang wanita memakai jaket bom, meletupkan dirinya," kata jurucakap Hezb-e-Islami, Zubair Sediqqi.
Wanita itu dilaporkan meletupkan dirinya sebaik sahaja bas mini berkenaan berhenti untuk mengisi petrol dekat lapangan terbang itu.
Polis kanan, Mohammad Dawod Amin berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terkena tempias letupan sekali gus memberi amaran bahawa militan memiliki keupayaan melepasi kawalan keselamatan polis dan tentera.
"Mereka menyasarkan van mini petugas luar negara yang mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat (AS)," kata Amin.
Polis berkata, serangan berani mati melibatkan penyerang wanita adalah yang pertama kali berlaku di Afghanistan dan tujuh mangsa luar yang terbunuh merupakan juruterbang daripada Rusia, Afrika yang bertugas untuk syarikat penerbangan antarabangsa.
"Bandar ini mencatatkan jumlah kematian orang asing paling tinggi sejak April lalu apabila juruterbang tentera udara negara menembak mati lapan pesawat tentera udara AS selepas terlibat dalam satu pertengkaran," katanya. - Reuters

No comments:
Post a Comment