LONDON - Bekas jeneral Syria yang berpaling tadah, Adnan Sillu mendedahkan Presiden Bashar al-Assad ada merancang untuk memindahkan senjata kimia kepada Hizbullah menerusi wawancara bersama Times of London.
Selain itu, Sillu juga membongkar rancangan kerajaan untuk menggunakan senjata kimia itu ke atas penduduk Syria.
"Kami pernah mengadakan perbincangan serius berhubung penggunaan senjata itu sebagai jalan terakhir jika rejim hilang kawalan di kawasan penting seperti Aleppo," katanya.
Awal minggu ini, akhbar mingguan Der Spiegel di Jerman turut melaporkan Syria telah mula menguji sistem senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham pada akhir bulan lalu.
Menurut laporan tersebut lagi, Assad turut menggunakan kepakaran saintis dari Iran dan Korea Utara untuk melakukan kajian di pusat penyelidikan al-Safir, di mana didakwa sebagai tapak ujian terbesar bagi senjata kimia atau gas beracun itu. - Times

No comments:
Post a Comment