19 September 2012
SYDNEY - Seorang budak perempuan berumur lapan tahun, membuat pengakuan mencintai jihad dan kebangkitan Islam di Syria di dalam satu persidangan Islam di ibu negara baru-baru ini.
Namun, pengumuman dibuatnya telah mengundang rasa kurang senang Australia yang mendakwa Ruqaya menimbulkan kontroversi dalam negara ketika kerajaan sedang berhadapan dengan kesan buruk protes yang berlaku sepanjang minggu lalu.
Menerusi rakaman, Ruqaya dilihat memberi ucapan di hadapan orang ramai semasa berlangsungnya persidangan bertajuk Kebangkitan Islam oleh pengikut Hizb ut-Tharir Australia di Bankstown, selatan ibu negara.
Pihak berkuasa tempatan kini dilapor menjalankan siasatan terhadap identiti kanak-kanak itu yang menggambarkan jihadnya sebagai perjuangan semangat suci bersamaan dengan kebangkitan keganasan di Syria serta masyarakat dunia.
Menurut agensi 9News, dalam video berkenaan Ruqaya mengungkapkan kebangkitan menunjukkan umat Islam dalam keadaan baik dan hidup, sentimennya adalah demi Islam, cintanya hanya untuk jihad selain membuang rasa takut yang sedia ada di dalam dirinya.
"Kita dapat melihat keadaan kanak-kanak seusia saya di jalananan negara bergolak, mereka membahayakan nyawa dengan membawa makanan, air dan ubat untuk ahli-ahli keluarga mereka yang cedera.
"Malah ada sebahagiannya langsung tidak kembali ke pangkuan ibu mereka. Tiada istilah terlalu muda bagi mereka," katanya.
Sementara itu, Menteri Kebajikan Masyarakat dan Keluarga, Pru Goward mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mengejut terhadap mana-mana kanak-kanak yang dijumpai terlibat dalam sebarang protes dan tunjuk perasaan di Australia.
"Kita tidak boleh membiarkan kanak-kanak dijadikan alat keganasan untuk apa sahaja perhimpunan dan kita tidak boleh mempergunakan mereka sebagai medium mempromosikan mesej hasutan yang menjurus kepada keganasan," kata dalam 9News. -The Mail

1 comment:
Musuh Islam amat gentar dengan seruan jihad... kerana itu mereka melemahkan kita dengan pelbagai persepsi yang buruk tentang jihad... yang pasti jihad bukan dapat diukur pada standard barat tetapi diikut mengikut standard keredhaan Allah SWT.
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Post a Comment