LONDON: Seorang wanita secara purata akan membeli 3,109 barangan dalam tempoh beberapa tahun termasuk 271 pasang kasut, 185 pakaian dan 145 beg, kata kajian terbaru di Britain.
Walaupun mereka berbelanja sehingga £83,498 (RM417,000) membeli pakaian sepanjang hayat, sebanyak 60 peratus wanita Britain disifatkan masih sukar mencari pakaian sesuai dipakai apabila keluar pada waktu malam. Menurut tinjauan, angka itu mendedahkan, dalam usaha mengikut aliran fesyen yang sering berubah, secara purata seorang wanita akan membeli sebanyak 3,109 barangan.
Kasut merupakan barangan paling mahal dimiliki mereka dengan belanjakan sebanyak £13,898 (RM69,000) secara purata sepanjang hayat.
Kaum wanita berbelanja £7,699 (RM38,00) untuk membeli pakaian, £5,420 (RM27,000) beg dan £5,905 (RM30,000) untuk jeans.
Kajian Sure Women juga mendedahkan, sebanyak 14 peratus wanita akan menyembunyikan pembelian daripada pengetahuan ibu bapa.
Agensi
No comments:
Post a Comment