15 Julai 2012
ROM - Saintis Universiti Pisa, Itali mencipta sebuah robot digelar Face yang boleh memaparkan pelbagai ekspresi emosi manusia.
Projek mengambil masa 30 tahun itu mengecap kejayaan dengan penggunaan 30 sistem motor untuk simulasi ungkapan yang berbeza bagi merealisasikan wajah robot lebih realistik.
Mereka menggunakan perisian hibrid untuk ekspresi sintesis muka, bagi keupayaan meniru jawapan emosi yang dipaparkan.
Perisian itu juga boleh memaparkan gabungan ekspresi seperti senyuman diwarnai dengan kesedihan atau ketawa bercampur dengan gelisah.
Kemuncak kejayaan itu disahihkan menerusi kajian kumpulan penyelidikan yang meminta 15 kanak-kanak autistik mengenal pasti ungkapan dilakukan oleh robot Face bersama seorang pakar psikologi.

No comments:
Post a Comment