GENEVA - Mesyuarat khas masyarakat antarabangsa di sini semalam mencapai persetujuan mengadakan peralihan kuasa - usaha terakhir bagi menyelesaikan krisis di Syria yang berlarutan lebih 16 bulan.
Pertemuan semalam dihadiri oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selain duta dari Turki, PBB, Kesatuan Eropah dan Liga Arab.
Langkah pertama kepada pelaksanaan peralihan kuasa ialah menguatkuasakan pelan gencatan senjata, yang diusahakan menerusi pelan damai enam perkara Utusan Khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan.
Bercakap di akhir mesyuarat itu, Annan berkata, proses utama adalah kerajaan peralihan.
Menurut Annan, kerajaan peralihan itu merangkumi rejim Syria yang sedia, yang diketuai Presiden Bashar al-Assad.
Bagaimanapun katanya, keanggotaan badan kerajaan peralihan akan diputuskan oleh rakyat Syria sendiri.
"Kami bertekad untuk bekerjasama dengan segera dan secara intensif, untuk menamatkan keganasan dan penganiayaan hak asasi manusia dan melancarkan satu proses politik, yang diketuai rakyat Syria sendiri, bagi membawa peralihan yang akan memenuhi aspirasi rakyat Syria," kata Annan.

No comments:
Post a Comment