MAGNOTTA...diburu.
MANGSA...Lin.
LONDON: Seorang lelaki yang merakam gambarnya ketika memotong mayat kekasih sebelum menghantar bahagian tubuh mangsa kepada ahli politik di Kanada, kini diburu di seluruh Eropah.
Luke Magnotta yang disyaki melakukan kanibalism, berlepas dari Kanada ke Perancis selepas memuatnaikkan rakaman pembunuhan itu di Internet.
Polis Britain bimbang bintang porno berkenaan kini berada di negara itu.
Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu.
Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu.
Ketika di Britain, dia disoal oleh wartawan selepas memuatnaikkan filem dalam Internet yang menunjukkan seekor ular diberi makan seekor anak kucing.
Dalam e-mel kepada akhbar The Sun pada Disember lalu, dia berkata: “Anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada saya. Selepas ini, mangsa bukanlah haiwan yang kecil.”
Dia juga memberi amaran serupa kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Semalam, ketika 190 negara menyertai operasi memburu Magnotta, polis Kanada mengenal pasti mangsa sebagai Lin Jun, pelajar China yang belajar di Montreal.
Polis berkata, Lin, 33, menjalinkan hubungan dengan Magnotta, 29.
Penyiasat di Perancis memberitahu akhbar The Mail, Magnotta berlepas dengan pesawat dari Kanada ke Paris Sabtu lalu.
Pembunuhan dipercayai berlaku sehari sebelum itu.
Kaki mangsa dilapor sampai di ibu pejabat Parti Konservatif di Ottawa pada Selasa dan tangan dihantar ke pejabat Parti Liberal negara itu.
Seorang penyiasat Perancis berkata: “Magnotta taksub dengan Menara Eiffel dan Moulin Rouge dan yakin dia boleh bersembunyi di negara yang disukainya.”
Ketua Polis Montreal, Ian Lafreniere berkata, pihaknya kini menyiasat dengan melayari Internet memandangkan Magnotta menggunakan beberapa laman sosial untuk meluahkan rasa bangga kerana dapat melarikan diri.
Lafreniere juga memberi amaran, lelaki itu bijak menyamar diri, termasuk menyerupai wanita dengan memakai rambut palsu.
Polis berkata, Lin tiba di Montreal Julai lalu dan belajar di Universiti Concordia.
Keluarganya terputus hubungan dengannya sejak 24 Mei.
Beberapa hari kemudian, pekerja menemui sebahagian mayat dalam beg pakaian berhampiran apartmen Magnotta dan beberapa lagi dalam flat lelaki itu.
Video pembunuhan itu berdjudul ‘1 Lunatic 1 Ice Pick’ menunjukkan seorang lelaki diikat pada katil, ditikam dan dipotong dengan pisau dan pemecah ais. - DM
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment