Pages

Sunday, May 13, 2012

Mayat nahas pesawat ke Jakarta

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Kakitangan penyelamat membawa beg berisi cebisan mayat
 mangsa pesawat Sukhoi Superjet 100 di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, semalam.

CIJERUK, Indonesia 12 Mei - Beberapa beg berisi cebisan mayat mangsa nahas pesawat komersial Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di kawasan pergunungan Bogor tiba di Jakarta, hari ini, untuk proses pengecaman.
Ketua Tentera wilayah Jawa Barat, Sonny Widjaja berkata, sehingga tengah hari ini, sebanyak 16 beg berisi cebisan mayat diterbangkan ke ibu negara menggunakan helikopter dan dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur.
“Pagi ini sahaja sebanyak 16 beg mayat dibawa dan semalam 12 buah beg, sementara empat lagi akan dibawa kemudian. Tiada mayat ditemui dalam bentuk sempurna," katanya.
Pegawai di hospital berkenaan, Edy Purnomo berkata, proses pengecaman akan dilakukan berdasarkan keadaan fizikal mayat dan jika tidak ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan.
Dalam perkembangan berkaitan, cuaca baik hari ini memudahkan helikopter penyelamat mendarat di kawasan nahas, bagi membawa keluar cebisan mayat yang baru ditemui.
Penyiasat yang terdiri daripada pakar Rusia dan Indonesia sehingga kini masih belum menemui kotak hitam pesawat bagi membantu penyiasatan serta mengenal pasti bagaimana nahas berlaku.
Pesawat buatan Rusia itu dikatakan melanggar Gunung Salak selepas separuh perjalanan penerbangan demonstrasi selama 50 minit itu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma milik tentera di Jakarta.
Ia dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 2.50 petang Rabu lalu, apabila terputus hubungan dengan menara kawalan.
Sejurus sebelum hilang dari radar, juruterbang pesawat itu telah meminta kebenaran menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat daripada ketinggian 10,000 kaki ke ketinggian 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa juruterbang bertindak sedemikian. - Agensi

'via Blog this'

No comments: