Pages

Sunday, May 13, 2012

Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah

Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan meragut
nyawa seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya

BATU PAHAT – Seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya maut dan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori muatan tanah merah di persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Jalan Labis-Yong Peng, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kereta yang membawa mangsa, Guan Wei Sheng dan datuknya, Guan Tak Siang, 63, dalam perjalanan ke arah Segamat bertembung dengan lori berkenaan sebelum kereta tersebut bersama dua kereta lain dihempap muatan tanah selepas pemandu lori gagal mengawal kenderaannya.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata, lori tanah yang datang dari arah Segamat sedang membelok ke laluan kiri menghala ke arah Paloh setibanya di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Namun lori terbabit tiba-tiba sahaja hilang kawalan sebaik pemandunya mahu membelok ke laluan kiri menghala ke Paloh menyebabkannya terbabas sebelum tanah yang dibawa menghempap tiga kereta malang yang dalam perjalanan ke arah Segamat.
“Kesemua sembilan pemandu dan penumpang tiga kereta terbabit dikejarkan ke Hospital Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami pelbagai kecederaan.
“Bagaimanapun, bayi malang berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berikutan kecederaan serius meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di sana. Datuk bayi berkenaan yang cedera parah pula meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi.
“Ahli keluarga bayi malang itu yang turut menaiki kereta yang sama termasuk bapa, ibu, nenek serta abangnya yang berusia lima tahun masih dirawat di Hospital Batu Pahat bersama empat lagi mangsa daripada dua kereta berasingan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Din berkata, pemandu lori berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 40 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana pemanduan cuai yang menyebabkan kematian.

'via Blog this'

No comments: