Nuri al-Maliki |
Mengulas keterangan bekas pengawal peribadinya, Hashemi menganggap apa yang disuarakan mereka dalam perbicaraan di Baghdad tanpa kehadirannya, mungkin disebabkan mereka dipaksa anggota keselamatan.Perbicaraan terhadap Hashemi bermula minggu ini meskipun dia kini berada di Turki. Ketika memberi keterangan, seorang ejen yang bertanggungjawab melindunginya berkata, mereka diarahkan membunuh pegawai keselamatan dan menanam bom di tepi jalan.
Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama. - Tariq al-Hashemi, Naib Presiden iraq
Hashemi, seorang berfahaman Sunnah didakwa menyokong skuad pembunuh yang menyasarkan jemaah Syiah dan pegawai kerajaan. Hashemi juga memberitahu temuramah kelmarin bahawa beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam permainan politik Maliki, seorang Syiah.
Maliki dan Hashemi sering bertelagah sejak beberapa tahun lalu ketika Iraq berusaha kembali selepas beberapa tahun dilanda perang dan penjajahan diketuai tentera AS yang menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003.
“Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama.
“Saya sememangnya tidak bersalah dalam semua pertuduhan,” kata Hashemi yang mendakwa perbicaraan itu adalah balas dendam politik atas penentangannya terhadap Maliki sejak bertahun-tahun lalu.
Kes itu mengancam menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan Iraq dengan menyemarakkan kemarahan golongan Sunnah dan Kurdis terhadap Maliki yang dikritik membolot kuasa.
Waran tangkap Hashemi dikeluarkan selepas pasukan terakhir tentera Amerika meninggalkan Iraq pada Disember lalu. – AP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment