Dania Suarez |
NEW YORK: Wanita yang membuat aduan terhadap ejen sulit Amerika Syarikat dilaporkan sebagai seorang yang tidak berbuat apa-apa di siang hari tetapi berpenampilan menggiurkan pada sebelah malam ketika seorang ahli perundangan Amerika mengakui lebih ramai anggota Perkhidmatan Rahsia bakal dipecat kerana terbabit skandal dengan pelacur di Colombia itu.
The Daily News menjadi akhbar pertama menyiarkan gambar pelacur kelas atasan itu, Dania Suarez (atas), yang membuat aduan selepas seorang ejen sulit Amerika membayarnya AS$28 (RM86.80) dan bukan AS$800 (RM2,480) seperti dipersetujui.
Salah satu gambar menunjukkan wanita berusia 24 tahun itu memakai bikini manakala foto lain menunjukkan ibu seorang anak itu sedang duduk di sebuah restoran manakala dalam satu gambar lain dia beraksi di atas kerusi sofa manakala foto lain memaparkan dirinya berkemeja-T.
“Dia tidak pernah beritahu kami kerjanya tetapi kami tahu. Dia ada di rumah sepanjang hari dan keluar pada waktu malam dengan bergaya,” kata seorang jiran, Maria Quintero, 31.
“Saya tanya sama ada dia bekerja, dia kata tidak. Saya bertanya jika teman lelakinya membantu. Dia juga kata tidak. Selepas pertanyaan itu, barulah saya faham,” kata Quintero lagi.
Suarez menyewa sebuah pangsapuri kecil dengan bayaran AS$600 (RM1,860) sebulan. Seorang lagi jiran, Maria Estela Cubides, 45, berkata Suarez seperti seorang yang glamor tetapi lebih suka menyendiri.
“Dia selalu keluar lewat malam. Dia sering ke destinasi mewah. Dia tidak pernah bawa lelaki pulang,” katanya. – Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment