myMetro | Gencatan senjata Syria berjaya elak perang saudara: Russia: "MOSCOW: Russia semalam berkata, gencatan senjata secara umumnya masih bertahan di Syria dan wajar dilihat sebagai kejayaan walaupun sedikit keganasan dilaporkan masih berlaku.
Kenyataan Kementerian Luar Russia berkata, di sebalik keganasan dan beberapa provokasi, gencatan senjata itu menyelamatkan Syria daripada perang saudara lebih besar.
Komen Russia dikeluarkan sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Presiden Syria, Bashar al-Assad, sebagai ancaman terhadap keamanan.
Hillary juga mahu PBB memberi kebenaran bagi mengenakan tindakan lebih tegas ke atas rejim Bashar.
Kementerian Luar Russia berkata, Syria ketika ini berdepan dengan pilihan sama ada “bergerak ke depan dengan dialog bagi mencari keamanan atau menghadapi perang saudara.” “Dan setiap pihak yang terbabit dalam konflik mesti membuat pilihan,” kata kenyataan itu. - AFP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment