Pages

Sunday, March 25, 2012

Suspek kes bakar ditahan

myMetroSuspek kes bakar ditahan:RAMPAS... Ku Chin Wah menunjukan barang rampasan membakar kenderaan IPD Sentul, semalam. 
RAMPAS... Ku Chin Wah menunjukan barang rampasan membakar kenderaan IPD Sentul, semalam.
KUALA LUMPUR: Penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun berjaya menyelesaikan 18 kes bakar kenderaan sekitar daerah Sentul yang dilaporkan berlaku sejak 10 Mac lalu.
Suspek ditahan jam 10.30 pagi di Kampung Puah, Jalan Gombak, di sini, semalam oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, penahanan lelaki itu berjaya menyelesaikan 18 kes bakar kenderaan yang dilaporkan bermula 10 hingga 23 Mac lalu.
“Sehingga kini motif tindakan lelaki terbabit membakar kenderaan berkenaan masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati suspek juga memiliki rekod lampau membabitkan kes samun, curi motosikal dan mendatangkan kecederaan.
“Malah, suspek sememangnya dikehendaki pihak berkuasa dan diburu mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan orang,” katanya.

Mengulas penahanan lelaki terbabit, suspek dilaporkan cuba melarikan diri selepas menyedari anggota polis cuba menghampirinya.
Bagaimanapun, katanya, suspek yang menunggang motosikal terbabas sebelum terjatuh dan ditahan polis.

Selain motosikal jenis Suzuki RG Sport digunakan suspek, barangan lain yang dirampas ialah tuala, pemutar skru, minyak 2T yang dipercayai digunakan untuk membakar kenderaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan lelaki terbabit akan direman bagi membantu siasatan.

'via Blog this'

No comments: