Pages

Sunday, March 25, 2012

Saraqeb diserbu tentera Syria

myMetroSaraqeb diserbu tentera Syria: "BEIRUT: Aktivis hak asasi manusia berkata, tentera Syria semalam menyerbu sebuah bandar di barat laut negara itu walaupun mendapat tentangan sengit daripada pemberontak.

Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, tentera kerajaan memasuki bandar Saraqeb dari utara.


“Sekurang-kurangnya seorang penduduk bandar itu terbunuh dalam serangan berkenaan,” katanya.

Menurut pertubuhan berkenaan, dengan bantuan kereta kebal, operasi itu dijalankan bersama kumpulan bersenjata prokerajaan - dikenali sebagai shabiha.


“Mereka menyerbu banyak rumah dan menahan penghuninya,” katanya.


Saraqeb yang terletak di utara wilayah Idlib dan bersempadan dengan Turki berada dalam kawalan pemberontak sejak beberapa bulan lalu. - AP"

'via Blog this'

No comments: