Tarikh : December 30, 2011
TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan telah bersedia melakukan serangan dan pencerobohan besar-besaran ke atas Genting Gaza, tiga tahun selepas rejim itu melancarkan perang memusnahkan ke atas wilayah Palestin itu.
“Kami telah bersedia untuk melancarkan satu lagi serangan yang lebih menyeluruh ke atas Gaza,” menurut ketua Bahagian Gaza Pasukan Pertahanan Israel, Tal Hermoni.
Tentera Israel baru-baru ini menyiapkan rancangan untuk menyerang Gaza dan operasi terbaru ke atas wilayah Palestin itu dilaporkan akan mengambil tempoh lebih pendek daripada perang pada akhir 2008 tetapi akan menggunakan lebih banyak senjata dan bom.
Serangan rejim Zionis pada Disember 2008 hingga Januari 2009 ke atas Genting Gaza menyebabkan lebih 1,500 penduduk Palestin terbunuh dan kekejaman rejim itu berterusan apabila Tel Aviv mengenakan sekatan darat ke atas Gaza.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment