Pages

Saturday, April 23, 2011

Asbut tebal landa London, Wales




ASBUT tebal melanda tengah London semalam menyebabkan pemandangan menjadi terhad.


LONDON - Kerajaan United Kingdom meminta orang ramai tidak melakukan senaman di luar rumah ekoran asbut yang memenuhi ruang udara London.
Kombinasi cuaca panas dan kondisi tiada angin yang berlaku akibat sistem tekanan yang tinggi menyebabkan lapisan ozon dan partikel-partikel tercemar dikenali sebagai PM10s dijangka meningkat di seluruh England dan Wales.
Beberapa stesen pemantau di London menunjukkan kadar pencemaran sederhana atau tinggi pada pagi semalam. London juga mengalami suhu tinggi ketika warganya sedang bersedia menyambut perayaan Easter.
Asbut itu dikatakan terdiri daripada jelaga, debu, kotoran dan titisan cecair beracun.
Ia merupakan campuran kabut dengan asap.
Mereka yang menghidap asma, golongan kanak-kanak dan warga emas akan terjejas kerana udara tercemar itu akan menjangkiti paru-paru mereka serta membuatkan pernafasan menjadi sukar.
Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Luar Bandar Britain menasihat orang ramai agar mengelakkan penggunaan kenderaan ke lokasi dekat untuk mengurangkan asbut.
Amaran itu dibuat ketika warga Britain bersiap sedia untuk menikmati cuti musim panas. - Agensi

No comments: