Pages

Saturday, April 23, 2011

Jepun bantah kartun akhbar


NEW YORK: Konsulat Besar Jepun membuat laporan membantah firma penerbitan New York Times (NYT) kelmarin kerana menyiarkan kartun menunjukkan Snow White membawa akhbar bertajuk Radiasi Nuklear Jepun dan bertanya wanita tua menawarkannya epal sama ada dia dari Jepun. 


Akhbar Japan Today memetik agensi berita Kyodo sebagai melaporkan tindakan konsulat berkenaan.
Konsulat itu berkata, oleh kerana kartun itu merujuk kepada cerita dongeng Grimm, merujuk kepada Snow White pengsan selepas makan epal beracun, kartun itu mungkin mencetuskan apa yang dikatakan sebagai kebimbangan terhadap keselamatan makanan dari Jepun.
Kartun itu disiarkan di muka surat lidah pengarang International Herald Tribune, milik NYT, kelmarin. 

Dalam kartun itu, Snow White ragu untuk mengambil epal ditawarkan, menggunakan kanta pembesar dan memberitahu wanita tua berpakaian seperti ahli sihir ‘Tunggu, adakah anda datang dari Jepun?’ – Agensi , bharian

No comments: