Pages

Monday, February 21, 2011

Bahrain terdesak penuhi kehendak rakyat




MANAMA: Pemimpin pembangkang Bahrain berkumpul bagi mengkaji tawaran rundingan dibuat kerajaan, semalam, selepas negara itu terbabit dalam kekacauan sejak seminggu lalu.

Pada masa sama, jalan raya di negara pulau itu kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya.


Bagaimanapun, rasa tidak puas hati dan ketegangan masih terus dirasakan selepas polis antirusuhan melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang cuba menguasai mercu tanda di tengah Manama.

Polis kemudian berundur dan membiarkan orang awam menguasai Dataran Permata itu.


Sejak bergolak pada 14 Februari lalu, sekurang-kurangnya tujuh terkorban dan beratus-ratus lagi cedera di negara itu.


Pemimpin politik blok Syiah, Abdul-Jalil Khalil, berkata pembangkang mempertimbangkan tawaran pemerintah Bahrain.


“Tetapi setakat ini rundingan secara langsung belum diadakan,” katanya.


Tuntutan utama rakyat adalah menghapuskan keistimewaan raja menentukan dasar negara, melantik pemimpin bagi jawatan penting dalam kerajaan selain diskriminasi ke atas Syiah. - AP"
sumber myMetro

No comments: