Pages

Thursday, January 13, 2011

Iran tahan 10 orang dikaitkan dengan Mossad





2011/01/13

ANTARA pistol yang dirampas Iran, kelmarin.
ANTARA pistol yang dirampas Iran, kelmarin.
Beberapa pistol dirampas, satu dilengkapi dengan silencer 

TEHERAN: Iran kelmarin mengumumkan penahanan lebih 10 orang dikaitkan dengan agensi risikan Israel Moosad, yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli fizik nuklear negara Teluk itu awal tahun lalu.Ketua agensi risikan Iran, Heidar Moslehi, berkata semua yang ditahan itu menganggotai rangkaian yang dikaitkan dengan Mossad.
Pihak risikan Iran itu mempamerkan beberapa pistol dengan satu daripadanya dipasang silencer yang dirampas daripada suspek. 

Menteri Luar Israel dan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengulas berhubung perkembangan itu. 

Profesor fizik Universiti Teheran Masoud Ali Mohammadi dibunuh dalam satu letupan bom motosikal di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja pada Januari 2010. Masih tidak ada penjelasan mengapa mangsa menjadi sasaran berikutan beliau tidak mempunyai kaitan dengan program nuklear Iran. 

November lalu, dua serangan bom misteri di sini mengorbankan seorang lagi saintis nuklear dan mencederakan seorang lagi, kedua-duanya jelas terbabit secara mendalam dalam program nuklear Iran. 
Bercakap kepada media, Moslehi berkata Israel berhasrat menghalang negara di rantau itu daripada mencapai kemajuan saintifik. 

Katanya rangkaian dikaitkan Israel itu sudah menubuhkan pangkalan di negara berjiran dengan Iran. 

“Kami menubuhkan pangkalan perisikan bersebelahan mereka supaya kami dapat menghancurkan aktiviti kumpulan terbabit,” katanya tanpa menamakan negara itu. 

Beliau memberi amaran jiran Iran menganggap sebarang kerjasama dengan Israel sebagai keganasan dan ancaman ke atas keseluruhan Asia Barat. – AP 

No comments: