AMSTERDAM - Seorang jurucakap agensi cukai Belanda, Janneke Verheggen berkata, pelacur di Amsterdam akan ditemui pegawai percukaian, lapor agensi berita AP semalam.
Aktiviti pelacuran berkembang di Amsterdam semenjak tahun 1600 semasa Belanda menjadi kuasa dalam bidang maritim.
Negara itu membenarkan kegiatan pelacuran pada tahun 2000 tetapi pihak berkuasa meminta para pelacur membayar cukai pendapatan.
Namun terdapat beberapa orang pelacur menganjurkan bantahan kerana mereka berasa ragu dengan undang-undang percukaian sama ada ia boleh dilaksanakan ke atas industri yang menggunakan bayaran tunai.
Seorang pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Samantaha menyokong pelaksanaan bayaran cukai itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang baik.
"Ia (pelacur) merupakan satu pekerjaan sama seperti pekerjaan yang lain dan kami patut membayar cukai," katanya.
Menurutnya, dia telah membayar cukai selama bertahun-tahun sekali gus menganggap adalah tidak adil jika terdapat pelacur lain yang tidak membayarnya.
Biro Statistik Pusat Belanda menganggarkan industri pelacuran menjana perolehan AS$865 juta (RM2.64 bilion) setahun. - Agensi
No comments:
Post a Comment