Pages

Saturday, December 10, 2011

Scotland dilanda angin kencang selaju 242 km/j

Kosmo! Online - Dunia:



KANAK-KANAK sekolah mengelak ombak besar akibat tiupan angin kencang di Teluk Cardswell, barat Scotland kelmarin. - AFP


LONDON, Britain - Angin kencang melanda Scotland kelmarin dengan menyebabkan sistem pengangkutan terjejas manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Jabatan Meteorologi Britain mengeluarkan 'amaran merah' berikutan beberapa kawasan di Scotland termasuk Inverness dan Aberdeenshire dilanda tiupan angin selaju 168 kilometer sejam (km/j) hingga 242 km/j.

"Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perjalanan buat masa ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," kata pihak berkuasa negeri berkenaan.

Cuaca buruk itu turut melanda beberapa bahagian di utara negeri England dengan Cumbria mengalami hujan lebat dan banjir kilat. - Agensi

No comments: