Pages

Sunday, December 11, 2011

Palestin mati terkena kanister gas

BAITULMAQDIS: Seorang aktivis Palestin yang cedera parah akibat ditembak gas beracun oleh tentera Israel ketika menunjuk perasaan di Tebing Barat, meninggal dunia, semalam.
Mustafa Abelrazek al-Tamimi, 28, menyertai protes itu di Tebing Barat di penghadang Nabi Saleh, kira-kira 190 kilometer di utara Ramallah apabila dia ditembak dengan kanister gas di muka, menurut pegawai perubatan.
Dia mengalami kecederaan parah dan dihantar menggunakan helikopter ke hospital berdekatan Tel Aviv di Israel.

Jurucakap Hospital Beilinson di Petah Tikva, mengesahkan kematian Mustafa.

Seorang aktivis Israel veteran, Jonathan Pollak yang turut hadir di perhimpunan tunjuk perasaan itu berkata, Mustafa ditembak dari kenderaan yang bergerak dari jarak dekat.

“Dia ditembak dari jarak dekat, kira-kira 20 meter dengan senapang gas pemedih mata yang terkena tepat pada matanya,” katanya.

Katanya lagi, tiga orang lagi mengalami kecederaan di kepala ketika demonstrasi itu yang diadakan setiap minggu pada hari Jumaat sebagai memprotes penghadang yang dibina di situ.

Jurucakap ketenteraan Israel berkata, beratus-ratus warga Palestin mengambil bahagian dalam ‘demonstrasi haram’ dan membaling batu ke arah pengawal keselamatan yang cuba menyuraikan mereka.- AFPmyMetroAktivis Palestin mati terkena kanister gas:

No comments: