Pages

Sunday, December 11, 2011

Britain mahu keganasan di Homs dihenti serta-merta

myMetroBritain mahu keganasan di Homs dihenti serta-merta:

LONDON: Britain mahu Syria menarik semula angkatan tenteranya dari bandar Homs dan sekali lagi mahu kerajaan Damsyik menghentikan tindakan keras ke atas kumpulan pejuang.

Menurut aktivis, kira-kira 24 orang terbunuh di seluruh negara dan di Homs saja, 10 terbunuh.

Satu kumpulan pembangkang memberi amaran, serangan berdarah akan berlaku di bandar di tengah Syria yang mempunyai 1.6 juta penduduk itu.

“Kami bimbang dengan laporan Syria yang meningkatkan bilangan ketenteraan dan kereta berperisai di bandar yang dikepung itu,” kata Menteri Luar Britain, Alistair Burt.


Tambahnya: “Kerajaan Syria harus menarik semula angkatan tenteranya dari Homs dan hentikan serangan.”


Itu yang telah dipersetujui oleh Syria dalam rancangan Liga Arab yang diadakan 2 November lalu, katanya lagi.

Rancangan itu termasuk berjanji menghentikan semua keganasan, “menarik balik angkatan tentera dari bandar dan pekan, membebaskan tahanan dan memberi laluan kepada Liga Arab untuk memantau dan juga kepada media antarabangsa,” katanya.

Menurut Burt, serangan ke atas bandar Homs menjadikan ia bandar yang mengerikan kebelakangan ini.

“Kami mengutuk keganasan yang dilakukan terhadap orang awam secara berterusan ini dan menyeru kerajaan Syria supaya tidak meningkatkan keganasan lagi.

“Keganasan ini tidak boleh diterima lagi dan mesti dihentikan segera,” katanya. - AFP

No comments: