2011/11/05
PELAJAR Iran membakar gambar Obama ketika mengadakan demonstrasi memperingati ulang tahun rampasan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat 1979 di depan Kedutaan Amerika di Tehran, semalam.
Perayaan tahunan di depan apa yang digelar rakyat negara itu sebagai ‘sarang pengintip’ turut digunakan tahun ini sebagai landasan memuji kebangkitan penduduk negara Arab, dipanggil kebangkitan Islam dan mengutuk Israel.Sebahagian penunjuk perasaan yang rata-ratanya masih muda mengambil bahagian membakar bendera Amerika dan Israel serta gambar Presiden Barack Obama.Setiausaha Majlis Keselamatan Agung Kebangsaan, Saeed Jalili, memberitahu penunjuk perasaan kerajaan mempunyai bukti tidak dapat disangkal menunjukkan Washington menyokong dan melatih pengganas menentang Iran.
Beliau mengibarkan beberapa helai kertas dan berkata ia adalah dokumen yang menyokong dakwaannya.
Saeed tidak memberikan maklumat terperinci tetapi berkata Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, dalam usaha mengambil tindakan diperlukan terhadap tindakan biadap itu.
Ketegangan antara Iran dan Amerika semakin memuncak bulan lalu apabila pegawai Amerika menuduh Teheran mendalangi plot membunuh duta Arab Saudi ke Washington.
Iran menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam dakwaan itu dan menghantar surat menuntut Washington meminta maaf. Ia menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha Amerika mengalihkan perhatian daripada masalah ekonomi domestik dan dasar yang gagal di Asia Barat.
Jalili melaungkan nama ketua unit elit Iran, pasukan Quds, Qasem Soleimani, yang didakwa Amerika sebagai perancang utama pembunuhan itu.
Dalam perkataan yang ditujukan kepada Amerika, Jalili berkata: “Dengan sokongan rakyat, salah seorang komander pasukan pertahanan, Qasem Soleiemani, sudah cukup meletakkan anda di tempat sepatutnya.” – AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment