CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita hamil di pinggir bandar raya ini yang mengalami sakit perut beberapa minit selepas dia menamatkan larian maraton Chicago selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa jam kemudian.
Wanita berkenaan, Amber Miller hamil hampir 39 minggu apabila dia menyertai larian marathon sejauh 42 kilometer (km) itu pada pagi Ahad lalu.
Dalam satu wawancara telefon bersama akhbar The Daily Herald dari katil hospital tempat dia dirawat, Miller berkata, doktornya membenarkan dia berlari untuk separuh maraton tersebut dan berjalan kaki selepas itu.
Menurut Miller, dia mengalami kontraksi selepas menamatkan larian tersebut dalam masa enam jam dan 25 minit.
Apabila kesakitan yang dialaminya berterusan dia terus menuju ke hospital tetapi sempat membeli hidangan sandwic untuk mengalas perut.
Anak perempuannya, June dilahirkan pada pukul 10.29 malam waktu tempatan dengan berat 3.54 kilogram.
Menurut Miller lagi, dia gembira dengan kelahiran itu tetapi berkata: "Ahad tersebut merupakan hari paling panjang dalam hidup saya". - AP
No comments:
Post a Comment