myMetro | Usah masuk jerat AS: Iran: "TEHERAN: Iran semalam menggesa Arab Saudi supaya “tidak terjerumus ke dalam perangkap” dengan mempercayai dakwaan Amerika Syarikat kononnya Teheran mendalangi rancangan membunuh duta mereka.
Timbalan Menteri Luar Iran, Ali Ahani, berkata sebarang masalah dalam hubungan diplomatik di Timur Tengah hanya menguntungkan AS dan rejim Zionis.
“Kami berharap Arab Saudi dapat memahami matlamat rancangan itu yang digerakkan AS,” katanya.
Menurut Ali, konspirasi dicanang AS sangat kabur, malah ia diragui media dan kalangan ahli politik negara itu.
Katanya, perancang plot itu mesti menyatakan apa faedah diperoleh Teheran daripada pembunuhan duta berkenaan.
“Tuduhan itu hanya mahu mengalihkan perhatian warga AS daripada masalah ekonomi dan kegagalan dasar luarnya di Timur Tengah,” katanya.
Sementara itu, Riyadh menganggap plot pembunuhan itu keji dan berdosa.
Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk, Abdullatif al-Zayani, berkata pembabitan Teheran dalam rancangan itu mengancam hubungan di antara negara anggota pertubuhan itu dengan Iran. - AFP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment