Pages

Tuesday, October 18, 2011

400 tan abu radioaktif di loji sampah

Berita Harian Online | 400 tan abu radioaktif di loji sampah:




2011/10/18

GAMBAR yang diambil pada 11 Oktober tetapi disiarkan pada 15 Oktober lalu menunjukkan beg plastik yang mengandungi pakaian yang digunakan pekerja ketika mengendalikan masalah nuklear di Loji Nuklear Fukushima.
GAMBAR yang diambil pada 11 Oktober tetapi disiarkan pada 15 Oktober lalu menunjukkan beg plastik yang mengandungi pakaian yang digunakan pekerja ketika mengendalikan masalah nuklear di Loji Nuklear Fukushima.
Ohtawara, Kashiwa, tutup insinerator

TOKYO: Kira-kira 400 tan abu radioaktif memenuhi kawasan sampah loji pemprosesan bahan buangan (insinerator) yang mula tidak mempunyai cukup tempat penyimpanan dalam tempoh dua minggu di bandar Ohtawara yang terletak lebih 100 kilometer barat daya loji nuklear Fukushima.
Jauh di selatan, bandar Kashiwa terpaksa menutup sementara insinerator berteknologi tinggi kerana teknologi yang mengurangkan pengeluaran abu itu mempunyai kesan sampingan dengan pengeluaran radiasi.
Ohtawara dan Kashiwa, dua kawasan perbandaran di utara Jepun, berdepan masalah sama dengan loji atom Fukushima Daiichi yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, mula menyebarkan radiasi ke atmosfera dalam insiden krisis nuklear paling teruk sejak 25 tahun ini.

Walaupun kerajaan mahu mengawal krisis Fukushima menjelang Disember, penyelidik berkata masalah yang timbul daripada radiasi, merebak di kawasan pergunungan, sungai dan kawasan perumahan yang dijangka berlarutan bertahun-tahun lagi.

“Penduduk bimbang mengenai kesihatan anak cucu mereka. Malang sekali kami tidak boleh membuat sebarang tindakan walaupun menerima rayuan,” kata pegawai perbandaran Ohtawara kenapa abu tidak dibawa ke kawasan pembuangan berdekatan bandar.

Ohtawara sudah menghentikan kekerapan pengambilan sampah kepada separuh bagi membolehkan ia menjana abu radioaktif dengan mengeluarkan pembakaran daun dan ranting yang tercemar.
Bagaimanapun, beg yang dipenuhi abu radioaktif ditinggal di kawasan kosong di luar insinerator tanpa sebarang perlindungan, kata pegawai.

Garis panduan kerajaan menyatakan tahap radiasi kebanyakan abu yang dipersoalkan di bawah 8,000 becquerels sekilogram, cukup rendah untuk ditanam di kawasan pembuangan. Bagaimanapun, penduduk berhampiran masih bimbang.

Berikutan letupan hidrogen di loji Fukushima pada Mac lalu, hujan membawa radiasi masuk ke bahagian permukaan tanah.

“Jika anda fikirkan mengenai perasaan penduduk, ia sangat normal. Sesetengah orang tidak mahu ia berada berhampiran tidak kira berapa rendah pun tahap radiasi,” kata Pengarah Bersama Pusat Maklumat Warga Nuklear, Baku Nishio.

“Saya tidak yakin masalah ini akan berakhir dalam tempoh setahun dua. Ia mengambil masa 30 tahun untuk bahan radioaktif ceasium -137 mereput.

“Setiap kali hujan, ceasium yang berada dalam tanah pergunungan akan turun ke kawasan tempat tinggal penduduk,” kata Profesor Universiti Kobe, Tomoya Yamauchi. – Reuters

'via Blog this'

No comments: