KEADAAN trafik lebuh raya PLUS di susur Sungai Buloh menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur mula sesak dengan kenderaan petang semalam. |
KUALA LUMPUR – Kenderaan yang masuk ke ibu negara dari arah selatan, utara dan timur mula bertambah menyebabkan trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya petang semalam.
Twitter PLUS Express- ways Berhad (PLUS) melaporkan kenderaan semakin bertambah bermula pukul 2 petang di Kilometer 226 hingga Kilometer 230.5 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Perak.
Sementara laluan dari Plaza Tol Juru menuju ke arah Kuala Lumpur juga sesak manakala dari Yong Peng menuju ke Pagoh, Johor sesak berikutan satu kemalangan di Kilometer 101.9 arah utara.
Petugas Pusat Kawalan PLUS trafik berkata, jumlah kenderaan di lebuh raya itu juga bertambah dari Kawasan Rehat Seremban menuju ke Nilai, dari Kawasan Rehat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora dan sesak dari Bidor ke Slim River, Perak.
“Bagaimanapun trafik masih bergerak lancar di plaza tol utama iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta,” katanya.
Warga kota dijangka pulang ke ibu negara selepas bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula petang semalam, hari ini dan Ahad.
No comments:
Post a Comment