WASHINGTON: Pakistan menyatakan ia tidak akan berkongsi dengan China rahsia helikopter yang digunakan komando Amerika Syarikat dalam serangan yang membunuh Osama bin Laden selepas spekulasi serpihan pesawat itu mengandungi teknologi rahsia.
“Pakistan tidak akan berkongsi sebarang teknologi dan saya tidak fikir China menunjukkan minat untuk berbuat demikian," Duta Pakistan ke AS, Husain Haqqani, memberitahu CNN.
Foto bangkai helikopter itu yang rosak ketika serangan berkenaan dan sengaja diletupkan komando AS, menimbulkan spekulasi di kalangan pakar dan peminat bahawa ciri baru ditambah bagi mengurangkan bunyi bising atau mengelak dikesan radar.
Malah ada yang mengandaikan helikopter itu yang dinyatakan pegawai AS sebagai Blackhawk, adalah pesawat "stealth" baru . - AFP
No comments:
Post a Comment