TOKYO 12 Mei - Pengendali loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat tsunami mengatakan mereka telah memateri kawasan yang bocor dan membebaskan radioaktif ke dalam air laut.
Jurucakap Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata, pekerja loji berjaya menghentikan kebocoran yang ditemui sebelum ini di luar reaktor No. 3 dan beberapa meter dari laut.Loji di reaktor No. 2 dikatakan mengalami masalah kebocoran yang sama dimana pengendali loji itu berjaya mematerinya bulan lalu menggunakan cecair kaca dan bahan-bahan lain. - Reuters
No comments:
Post a Comment