TALISAY: Lebih 800 tan ikan mati dan busuk di sebuah kolam ternakan berhampiran Manila ekoran penurunan suhu secara mendadak.
Pegawai perikanan kerajaan, Rose del Mundo, berkata insiden kematian mengejut itu bermula minggu lalu di Tasik Taal di wilayah Batangas namun sudah berkurangan.Permukaan tasik di kawasan itu yang dikhususkan untuk ternakan ikan, dipenuhi ikan bandeng yang sudah busuk. Ikan bandeng adalah sebahagian diet biasa rakyat Filipina.
Del Mundo berkata, siasatan awal mendapati kematian itu mungkin disebabkan perubahan drastik suhu berikutan musim hujan selepas musim panas membahang, yang turut mengurangkan paras oksigen tasik.
Pihak berkuasa mengharamkan jualan ikan busuk itu yang ditanam selepas dipunggah trak pengangkut ikan. – AP
No comments:
Post a Comment