Pages

Thursday, April 28, 2011

Gaddafi sedia musnahkan pelabuhan Misrata


PEMBERONTAK berkawat pada pengebumian Ahmed al-Barasi yang dikatakan dibunuh oleh tentera kerajaan di Benghazi, semalam.
PEMBERONTAK berkawat pada pengebumian Ahmed al-Barasi yang dikatakan dibunuh oleh tentera kerajaan di Benghazi, semalam.

BENGHAZI: Muammar Gaddafi akan melakukan apa saja untuk memusnahkan pelabuhan yang ‘memeningkan kepala’ yang menjadi laluan utama pemisah menentang beliau di bandar raya ketiga Misrata di Libya, kata seorang jurucakap pemisah semalam. 


“Pelabuhan ini terlalu menyakitkan kepala kepada Gaddafi jadi beliau mahu memusnahkannya dengan apa cara,” kata Kolonel Ahmed Omar Bani, seorang jurucakap Majlis Kebangsaan Transisional Bengazi kepada AFP.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan British, Liam Fox berkata bahawa pemisah memulakan tentangan dalam pertempuran untuk Misrata walaupun serangan maut oleh Gaddafi di pelabuhan terbabit.
Bani berkata ‘kumpulan revolusi’ melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan dan melindungi pelabuhan itu tetapi ia adalah pertarungan atasan kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan senjata manakala pasukan tentera Gaddafi boleh membuat serangan dari jarak jauh. 


“Beliau menggunakan peluru berpandu dari jarak 30-40 kilometer, jadi ia adalah sukar bagi kami untuk menghentikan peluru berpandu berkenaan dengan senjata ringan yang kami ada di Misrata.” 


Usaha menyasarkan tentera Gaddafi masih menjadi satu cabaran walaupun bagi pasukan NATO kerana mereka yang setia menggunakan kawasan penduduk awam di pinggir termasuk sekolah, kedai malah ladang untuk menyembunyikan senjata dan tentera. 


Beliau memberi amaran bahawa Gaddafi boleh membalas dendam terhadap bandaraya itu yang bangkit menentang beliau pada 19 Februari, dua hari selepas serangan kubu Benghazi dan menjadi tumpuan utama konflik. 
“Ini adalah budaya Gaddafi, balas dendam, balas dendam, balas dendam. Jika pelabuhan itu jatuh, apa akan berlaku kepada penduduk awam menjadi persoalan?” 


Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa tindakan tentera yang mensasarkan pegawai kanan Libya ditamatkan, dua hari selepas satu serangan udara sekutu mengenai halaman rumah Moamma Gaddafi di Tripoli. 


“Majlis menggesa semua terbabit untuk mempertahankan dari tindakan, termasuk operasi tentera mensasarkan pegawai kanan Libya yang akan memburukkan keadaan dan menjadikan lebih sukar untuk mencapai persetujuan antarabangsa,” kata AU. – AFP , bharian

No comments: