Pages

Monday, March 14, 2011

Terapung atas atap dua hari

Berita




2011/03/14


  • Foto
    HIROMITSU (berselimut) diselamatkan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun di perairan Fukushima, semalam.
  • Foto
Ombak tsunami hanyutkan lelaki bersama rumah ke laut

TOKYO: Seorang lelaki Jepun yang dihanyutkan 15 kilometer ke laut berikutan kejadian tsunami yang melanda Jumaat lalu dilaporkan selamat selepas ditemui berpaut pada sampah yang hanyut.
Pasukan Pertahanan Maritim menyelamatkan Hiromitsu Shinkawa, 60, selepas menemui lelaki terbabit terapung pada sekeping atap di perairan wilayah Fukushima, dua hari selepas bencana melanda.
Mangsa dari Minamisoma dihanyutkan bersama rumahnya selepas tsunami kuat yang melanda timur laut Jepun itu berikutan gempa bumi berukuran 8.9 Ritcher yang melanda ibu negara Jepun Jumaat lalu.

Beliau dalam keadaan sedar dan ‘baik’ selepas diselamatkan jam 12.40 waktu tempatan semalam, kata pihak berkuasa kementerian sambil menambah mangsa dihantar ke hospital dengan helikopter.

“Saya lari selepas menyedari tsunami datang,” kata Shinkawa kepada penyelamat, berdasarkan Jiji Press.

“Tetapi berpatah semula untuk mengambil sesuatu dari rumah apabila saya kemudian turut dihanyutkan bersama ombak besar. Saya diselamatkan ketika berpaut pada sekeping atap daripada rumah saya sendiri.”
Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 1,000 penduduk dipercayai maut dalam bencana alam terbabit dan polis menganggarkan lebih 215,000 berada di pusat pemindahan sementara. – AFP

No comments: