Pages

Friday, March 11, 2011

Rumah Saif al Islam di London kena ‘tawan’


LONDON: Kira-kira 20 penduduk setinggan termasuk aktivis warga Libya yang dalam buangan memenuhi halaman rumah bernilai £12 juta (RM57.6 juta) di sini yang dikatakan milik anak lelaki pemimpin Libya, Saif al Islam. 



Setinggan dan aktivis berkenaan kemudian dilihat membentangkan kain rentang dari bumbung rumah agam dan berteriak supaya Muammar Gaddafi keluar Libya dan London.
Polis berkata, tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menganggap tindakan mereka yang memasuki kawasan rumah agam itu sebagai isu awam.
Saif al-Islam yang juga anak Gaddafi membeli kediaman itu di kawasan eksklusif di pinggir Hampstead Garden, utara London pada 2009, lapor media. 


Rumah empat tingkat itu mulanya diiklankan untuk dijual menerusi laman web hartanah dengan harga £12.5 juta (RM61.4 juta). Ia mempunyai sembilan bilik tidur, lima bilik menyambut tetamu, kolam renang, jakuzi dan panggung wayang. 


Penduduk setinggan yang menggelar diri mereka Kumpulan Menjatuhkan Pemerintah Kuku Besi, berkongsi dengan penunjuk perasaan anti Gaddafi Kempen Perpaduan Libya-Britain (BLSC), memanjat bumbung dan mengibarkan bendera. 


“Kami mahu menunjukkan regim Libya yang mereka sudah habis dan Gaddafi tiada tempat di Britain,” kata Azeldin el Sharif. 
Seorang setinggan yang hanya mahu dikenali sebagai Dariush, berkata: 


“Kami duduk di rumah ini dan bersatu dengan rakyat yang melawan di Libya dan bercadang terus berada di sini sehingga ia dipulangkan kepada warga Libya,”. 
Katanya, pihaknya mendapati bangunan itu tidak diduduki tetapi dipenuhi perabot dan jualannya masih ditangguhkan. – Reuters http://www.bharian.com.my

No comments: