Pages

Sunday, March 27, 2011

Gempa di Myanmar: Pekerja penyelamat hadapi kesukaran masuk kawasan terpencil

YANGON: Pekerja penyelamat semalam berhempas-pulas untuk sampai ke kawasan-kawasan terpencil yang turut terjejas oleh satu gempa kuat yang melanda Myanmar kelmarin.
Kejadian itu meragut 75 jiwa.Gempa sekuat 6.8 di skala Richter itu melanda timur laut negara itu kelmarin berhampiran sempadan Thailand dan Laos. Gegaran turut dirasakan di ibu kota Vietnam, Hanoi.Pekan-pekan Tarlay, Tachileik dan beberapa desa di wilayah Shan paling teruk terjejas, dengan ratusan rumah serta beberapa biara dan bangunan pemerintah menyembah bumi.Seorang penduduk yang telah menulis dalam satu ruang forum di Internet, menyatakan bandar Tachileik telah binasa.'Orang di sini masih takut... ramai yang tidur di atas tanah tempat upacara penganut Buddha pernah diadakan. Mereka mungkin balik ke rumah masing-masing hari ini kerana semalam tiada lagi gempa berlaku,' katanya.'Saya harap tidak ada lagi gempa kerana keadaan sekarang pun tidak begitu baik. Kami tidak dapat bantuan nyata daripada pihak berkuasa.'Ramai penduduk yang mendapat berita dari radio Thailand.Seorang pegawai Myanmar berkata ada angka kematian yang disahkan sejak kelmarin masih 74 orang. Seorang wanita di Thailand turut maut akibat kejadian itu. -- AFP.

No comments: