Sejumlah penunjuk perasaan anti-Presiden Hosni Mubarak meletakkan bendera gergasi di depan bangunan Parlimen di Kaherah semalam. |
KAHERAH - Aktivis-aktivis anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak mendesak para penyokong mereka meningkatkan lagi tunjuk perasaan di negara ini.
Desakan itu dibuat walaupun Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman memberi amaran bahawa sikap berlembut pemerintah terhadap penunjuk perasaan tidak akan berkekalan buat selama-lamanya.
Tunjuk perasaan bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan itu dibuat sejak 25 Januari lalu.
Omar yang mengendalikan krisis tunjuk perasaan itu menyatakan kelmarin bahawa para penunjuk perasaan tersebut mungkin akan disuraikan.
Para penunjuk perasaan itu menegaskan mereka tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.
"Beliau (Omar) mengancam untuk melaksanakan undang-undang darurat yang bermakna semua orang yang berhimpun di Dataran Tahrir akan dipaksa mengosongkan tempat ini," kata seorang jurucakap bagi lima buah kumpulan yang mendalangi protes anti-Hosni di Dataran tahrir, Abdul-Rahman Samir.
"Kami akan memprotes dan tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan," tambahnya. - AgensiKosmo! Online - Dunia
No comments:
Post a Comment