myMetro | Al-Qaeda Iraq gesa penduduk bebaskan tahanan di penjara: "
DUBAI: Sayap bersenjata Al-Qaeda di Iraq semalam menggesa penduduk Islam Mesir membebaskan semua tahanan dari penjara negara itu.
Ia juga merayu supaya dilancarkan perang jihad selepas Kaherah berkata, militan Islam melarikan diri dari penjara ketika tunjuk perasaan antikerajaan.
Negara Islam Iraq (ISI) turut mengecam kerajaan Mesir kerana gagal melaksanakan undang-undang Islam dan berkata, adalah lebih baik bagi umat Islam untuk mati berjuang menentang kerajaan mereka daripada hidup di bawah pemerintahannnya.
Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata semalam, militan yang ada hubungan dengan al-Qaeda adalah antara beribu-ribu tahanan yang melarikan diri dari penjara negara itu bulan lalu ketika kekacauan meletus ekoran tunjuk perasaan. — Reuters"

No comments:
Post a Comment