Pages

Friday, February 11, 2011

Tentera ambil alih pemerintahan Mesir


Tentera ambil alih pemerintahan Mesir


2011/02/11

ANGGOTA Majlis Tertinggi Tentera Mesir mengadakan  mesyuarat ambil alih pemerintahan, malam tadi.
ANGGOTA Majlis Tertinggi Tentera Mesir mengadakan mesyuarat ambil alih pemerintahan, malam tadi.
KAHERAH: Tentera Mesir mengumumkan langkah mengambil alih pemerintahan negara serta merta disusuli laporan di Washington memetik Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa ada kemungkinan besar Presiden Hosni Mubarak akan meletak jawatan hari ini.

Pengumuman itu dibuat secara langsung di televisyen turut menyatakan tentera campur tangan bagi melindungi negara selepas protes anti Mubarak masuk hari ke-17.
Ini diikuti kenyataan bahawa Mubarak akan berucap secara langsung mengenai perkara itu. Televisyen kerajaan menyiarkan Menteri Pertahanan, Marsyal Hussein Tantawi mempengerusikan mesyuarat 24 pegawai tentera di sebuah meja bulat.
Selepas mesyuarat itu, jurucakap Majlis Tertinggi Tentera mengumumkan ‘sokongannya kepada tuntutan sah rakyat Mesir.’

Kenyataan itu kemudian dilabel ‘Perisytiharan Nombor 1,’ yang ditakrifkan tindakan tentera merampas kuasa.

Mubarak atau Naib Presiden, Omar Suleiman tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan. – AP
Berita Harian Online | Tentera ambil alih pemerintahan Mesir

No comments: