TEHERAN - Ribuan penyokong parti pembangkang di Iran bertempur dengan pihak berkuasa negara itu dalam tunjuk perasaan di Teheran, kelmarin. Polis sebelum ini meletakkan ketua pembangkang, Hossein Mousavi dan bekas speaker parlimen, Mehdi Karroubi di bawah perintah berkurung bagi menghalang mereka menghadiri perhimpunan tunjuk perasaan di Teheran. Kedua pemimpin pembangkang itu mempertikaikan pemilihan semula Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden pada 2009, yang mencetuskan tanda tanya penduduk negara itu mengenai pelantikan beliau, dan ia merupakan Revolusi Iran yang terbesar sejak 1979. Demonstrasi itu turut mencetuskan beberapa tindakan keras kerajaan yang melampau, di mana pembangkang mendakwa lebih 80 orang penyokong mereka terkorban dalam tempoh enam bulan revolusi tersebut berlangsung dan ramai penunjuk perasaan dipenjarakan serta dijatuhkan hukuman mati. |
Wednesday, February 16, 2011
Ribuan penyokong bertempur di Iran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment