Pages

Wednesday, February 16, 2011

2 pengikut Syiah maut tuntut reformasi di Bahrain

myMetro | 2 pengikut Syiah maut tuntut reformasi di Bahrain: "


MANAMA: Dua penganut Syiah terbunuh ketika menunjuk perasaan selepas mereka bertempur dengan polis Bahrain, semalam.

Insiden itu turut mencetuskan seruan supaya protes antikerajaan itu dipertingkatkan, manakala Ahli Parlimen Syiah keluar daripada persidangan sebagai membantah pembunuhan itu.


Persatuan Persefahaman Kebangsaan Islam yang memiliki 18 daripada 40 kerusi di Parlimen ‘menggantung keanggotaan’ di dewan itu.

Ahlinya, Khalil al-Marzooq, berkata mereka mengambil langkah itu kerana kecewa terhadap kawalan keselamatan longgar oleh kerajaan, selain pendekatan ganas pihak berkuasa ketika mereka berdepan dengan penunjuk perasaan.


Fadel Salman Matrouk ditembak mati di depan sebuah hospital semalam ketika orang ramai berkumpul untuk mengebumikan Msheymah Ali yang terbunuh sehari sebelum itu.


Msheymah meninggal dunia akibat kecederaan dialami ketika bertempur dengan polis antirusuhan yang menyuraikan penunjuk perasaan di Manama. - AFP"

No comments: