Pages

Friday, February 18, 2011

Pengebom anggota marin Rusia

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

MOSCOW 17 Feb. - Seorang remaja yang dikenal pasti sebagai pengebom berani mati dalam insiden letupan yang mengorbankan 36 orang di lapangan terbang Moscow pada bulan lalu pernah berkhidmat dalam pasukan marin di timur Rusia.

Magomed Yevloyev, 20, berasal dari Ingushetia, wilayah Caucasus dikenal pasti sebagai pengebom berani mati dalam serangan pada 24 Januari lalu di Lapangan Terbang Domodedovo yang turut mencederakan lebih 100 orang.

Beberapa bulan sebelum serangan itu, Yevloyev berkhidmat dalam angkatan laut pasifik Rusia yang berpangkalan di timur Vladivostok, lapor akhbar Kommersant, hari ini yang memetik sumber polis wilayah.

Yevloyev menjalani latihan awal dengan rejimen ke-165 Marin di Vladivostok dan berkhidmat dalam angkatan tentera laut itu selama tiga bulan, sebelum menerima cuti kerana ayahnya sakit.

Ketika menjadi tentera laut, Yevloyev telah menjalani rawatan kerana menghidap resdung dan X-ray yang dilakukan ke atas hidungnya telah digunakan untuk mengenal pasti pengebom berani mati itu.

Dia tidak pernah kembali untuk berkhidmat dalam pasukan marin bagi menamatkan perkhidmatannya selepas mengambil cuti itu.

Bapanya yang tinggal di perkampungan Ingushetiya, Ali-Yurt berkata, anak sulungnya itu meninggalkan rumah pada September lalu dan hanya melawatnya sekali sebelum serangan itu untuk melawat adik-adiknya. - AFP"

No comments: